Cool : Mangsa Serangan Asid Jadi Jutawan Di India (gambar)





NEW DELHI: Mangsa yang selamat daripada serangan asid ketika masih remaja, memenangi tempat pertama, sekali gus menjadi jutawan, dalam rancangan kuiz televisyen paling popular di India.

Sonali Mukherjee, melecur teruk di muka disebabkan serangan itu yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun dan keluarganya menggunakan semua wang mereka untuk rawatannya.
Namun wanita berusia 27 tahun dari New Delhi ini mungkin akan dapat membayar kos rawatan pembedahan plastik apabila memenangi kuiz Who Wants to be a Milionaire versi India.

Sonali yang diserang oleh lelaki yang meminatinya, memenangi Rs25 lakhs (RM148,444), tampil di rancangan itu bersama aktres Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Lara Dutta.

Hos rancangan itu, Amitabh Bachchan memuji Sonali kerana berani tampil di rancangan itu.

Katanya: Haknya untuk keadilan dinafikan, malah dia merayu supaya nyawanya diambil. Itu juga dinafikan kerana eutanasia diharamkkan di negara ini.

Dia membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan menderita sendirian.

Kisahnya adalah kisah keberanian yang tinggi. Negara ini memuji dia dan begitu juga kami.

Sonali yang telah melalui pembedahan sebanyak 22 kali sejak serangan pada 2003 berkata, kemenangannya itu bertepatan untuk rawatan yang akan dilaluinya selepas ini.

Dia adalah pelajar cemerlang di Dhanbad, di wilayah Jharkhad ketika diserang dengan bahan kimia dikenali sebagai Tezaab, yang biasanya digunakan untuk membersihkan peralatan berkarat.

Penyerangnya memecah masuk rumahnya dan menyimbah asid ke mukanya ketika dia tidur.

Sonali kini separuh buta dan pekak disebabkan kecederaannya.

Sejak serangan itu, dia tidak langsung menerima dana untuk rawatan dan awal tahun ini dia menulis surat kepada kerajaan India, mengugut untuk membunuh diri sekiranya tidak mendapat bantuan kerajaan.

Penyerangnya kini diikat jamin selepas dipenjara hanya empat bulan dan mereka tidak didakwa dengan betul atas jenayah yang dilakukan. - DM




Follow On Twitter